Multi-Cancer Early Detection Test

Ujian Pengesanan Awal Pelbagai Jenis Kanser (MCED)

Harga biasa
RM 1,399.00
Harga jualan
RM 1,399.00
Harga biasa
Habis dijual
Harga seunit
per 

Ujian Pengesanan Awal Pelbagai Jenis Kanser (MCED) di Hospital Beacon merupakan cara moden untuk mengesan pelbagai jenis kanser awal. Hanya melalui sampel darah 10mL, ujian ini menggunakan teknologi terkini seperti biopsi cecair dan penjujukan DNA generasi baharu bagi membantu mengesan kanser sebelum gejala muncul.

Ujian MCED ini, yang dikuasakan oleh teknologi SPOT-MASā„¢, berupaya mengesan dan meramal kehadiran serta lokasi asal sehingga 10 jenis kanser utama, termasuk lima jenis kanser yang paling kerap berlaku di Malaysia:

Kanser payudara, paru-paru, kolorektal, perut, hati dan salur hempedu, ovari, pankreas, esofagus, endometrium, serta kanser kepala dan leher.

Untuk maklumat lanjut tentang Ujian Pengesanan Awal Pelbagai Jenis Kanser (MCED), klik disini.

Terma & Syarat
  1. Harga dalam talian ini sah sehingga 31/8/2025.
  2. Tempoh penebusan: 26 Mei 2025 - 30 September 2025.
  3. Hanya untuk individu berumur 40 tahun ke atas yang TIDAK mempunyai sebarang tanda, gejala atau sejarah kanser.
  4. Sah untuk pembelian dalam talian sahaja dan terhad kepada seorang bagi setiap pakej.
  5. Temujanji hanya boleh dibuat pada hari Isnin - Sabtu, (8.30AM - 11AM) sahaja.
  6. Klik disini untuk langkah-langkah penebusan.
  7. Keputusan ujian akan siap dalam tempoh 30 hari bekerja.
  8. Sekiranya anda mempunyai sebarang keadaan kesihatan seperti berikut, sila dapatkan nasihat kami sebelum membuat pembelian:
    • Pernah didiagnosis dengan kanser (*apa-apa jenis kanser) dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini
    • Mempunyai tanda dan gejala yang disyaki berkaitan kanser (sila rujuk kepada doktor sekiranya anda tidak pasti sama ada gejala yang dialami menunjukkan amaran awal)
    • Mempunyai ketumbuhan pada payudara/tiroid dengan skor BI-RADS/TI-RADS ≄ 5
    • Mempunyai ketumbuhan pada paru-paru/hati dengan skor LUNG-RADS/LI-RADS ≄ 4
    • Mempunyai polip ≄ 1 cm atau ketuat/ulser yang disyaki bersifat malignan melalui endoskopi sistem pencernaan.
    • Sedang hamil.
    • Mempunyai sejarah pemindahan sumsum tulang atau pemindahan darah penuh (dalam tempoh 3 bulan terakhir).
  9. Harga dalam talian ini termasukbayaran pendaftaran hospital, konsultasi pegawai perubatan, dan ujian pengesanan awal pelbagai jenis kanser.
  10. Harga dalam talian ini tidak termasuk konsultasi pakar dan ujian tambahan, ubat-ubatan, atau prosedur lain (jika ada).