Oktober Fiesta

    1. Kempen ini dianjurkan dan dikendalikan oleh  Pusat Saringan Kesihatan Beacon  (Penganjur) dan berlangsung dari 1 - 31 Oktober 2026, termasuk kedua-dua tarikh.
    2. Tempoh penebusan pakej adalah dari 1 Oktober - 30 November 2026 (termasuk kedua-dua tarikh). Sebarang pakej yang tidak ditebus dalam tempoh sah laku ini tidak akan layak untuk bayaran balik atau pertukaran.
    3. Hadiah percuma hanya terpakai untukpembelian atas talian sahaja. Hadiah percuma adalah berdasarkan jumlah keseluruhan transaksi yang tertera pada satu resit sahaja. Hanya SATU hadiah percuma layak diberikan bagi setiap resit.
    4. Jumlah keseluruhan transaksi mestilah merangkumi sekurang-kurangnya SATU pakej yang layak. Item tambahan dalam resit yang sama juga akan diambil kira dalam jumlah keseluruhan transaksi, sebelum sebarang SST atau caj tambahan yang berkenaan, seperti berikut:
      • Pembelian dengan jumlah keseluruhan transaksi sebanyak RM800 keatas layak menerima Cerek Elektrik DESSINI ITALY,
      • Penggoreng Udara DESSINI ITALY telah habis ditebus dan tidak lagi tersedia sebagai hadiah percuma..

    5. Pakej yang layak:

    6. Hadiah percuma adalah tertakluk kepada ketersediaan stok. Warna dan reka bentuk hadiah yang diberikan mungkin berbeza mengikut stok yang tersedia pada masa pemenuhan pesanan. Sebarang permintaan untuk warna atau reka bentuk tertentu tidak dapat dijamin.
    7. Hadiah percuma adalah terikat sepenuhnya kepada pesanan yang layak dan kempen semasa pembelian dibuat. Hadiah tersebut tidak boleh dipindahkan ke pesanan lain, ditebus di bawah kempen terdahulu atau akan datang, atau dituntut secara retrospektif sekiranya pesanan tidak layak pada masa pembelian.
    8. Hadiah percuma tidak boleh ditukar dengan wang tunai, produk lain atau diskaun.
    9. Warganegara bukan Malaysia tertakluk kepada SST sebanyak 6%, yang akan disahkan dan perlu dibayar di kaunter sebelum pemeriksaan kesihatan dijalankan.
    10. Resit rasmi akan dikeluarkan setelah pemeriksaan kesihatan selesai. Permintaan untuk pengeluaran resit rasmi lebih awal tidak akan dilayan.
    11. Baucar Ganjaran Pelanggan Baharu tidak boleh digunakan bersama-sama dengan kempen ini atau untuk membeli mana-mana pakej yang layak di bawah kempen ini.
    12. Penganjur berhak untuk meminda, mengubah suai, menggantung atau menamatkan kempen ini, atau menyemak semula Terma dan Syarat ini sekiranya perlu, tanpa sebarang notis awal.
    13. Semua keputusan berkenaan kelayakan untuk menerima hadiah adalah muktamad dan tertakluk kepada Terma dan Syarat ini. Sebarang pengecualian atau tuntutan akibat kegagalan membaca, memahami atau mematuhi Terma dan Syarat ini tidak akan dilayan.
    14. Untuk sebarang pertanyaan mengenai kempen atau pakej ini, sila hubungi kami.



BELI SEKARANG