
Saringan Kesihatan Pra-Universiti ini direka khas untuk pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Pastikan anda membawa borang pemeriksaan perubatan yang biasanya diberikan oleh pihak sekolah, kolej atau universiti anda, bersama-sama dengan surat tawaran kemasukan. Kami menerima pelajar tempatan (Malaysia) dan pelajar antarabangsa yang perlu menjalani saringan pra-universiti. Kami juga menawarkan perkhidmatan vaksinasi (contohnya: Hepatitis, Influenza, Typhoid) sekiranya diperlukan.
Terma & Syarat:
- Harga dalam talian ini sah sehingga 31/12/2025.
- Tempoh penebusan: 3 bulan dari tarikh pembelian.
- Hanya sah untuk pembelian dalam talian sahaja.
- Disyorkan untuk semua lelaki dan wanita berumur 18 tahun ke atas.
- Klik disini untuk langkah-langkah penebusan.
- Resit rasmi akan diberikan selepas selesai saringan.
- Jika anda mempunyai masalah kesihatan yang serius seperti sejarah kegagalan buah pinggang tahap akhir atau sedang menjalani rawatan untuk kanser, sila dapatkan nasihat kami sebelum membuat pembelian.
- Kontraindikasi: TIADA
Untuk pemeriksaan pra-universiti atau pra-pekerjaan, sila ambil maklum bahawa jika anda mempunyai borang khas atau permintaan ujian tertentu, sila hubungi kami untuk maklumat lanjut sebelum membuat pembelian.
Harga adalah berdasarkan Pemeriksaan Perubatan Pelajar Standard Malaysia. Jika kolej atau universiti anda memerlukan ujian tambahan (contohnya seperti yang dinyatakan dalam borang pemeriksaan perubatan anda), harga mungkin berbeza bergantung kepada ujian yang diminta.
Pakej ini merangkumi:
Konsultasi
|
Penilaian Klinikal
|
Penilaian Lain
|
Penilaian Pengimejan
|
Urine FEME
|