Proses Penebusan

Health Screening

CARA MENEBUS PRODUK PEMERIKSAAN KESIHATAN YANG DIBELI DALAM TALIAN

Buat temujanji dengan menghubungi Pusat Pemeriksaan Kesihatan Beacon di 03-77872828 / 010-2163126 atau melalui emel di shop.beaconhealthscreening@beaconhospital.com.my.

    Pasukan kami biasanya akan menghubungi pembeli dalam masa 1-3 hari bekerja untuk membuat temujanji selepas pembelian produk pemeriksaan kesihatan secara dalam talian yang berjaya diterima


    Sila berikan maklumat berikut bagi tujuan temujanji:
    1. Nama
    2. Nombor Kad Pengenalan
    3. Maklumat untuk Dihubungi
    4. Tarikh Pemeriksaan Kesihatan
    5. ID Pesanan Pembelian

    Nota Penting

    • Sila buat temujanji sekurang-kurangnya 5 hari bekerja sebelum tarikh pemeriksaan.
    • Sebarang temujanji yang dibuat atas nama selain pembeli mesti dinyatakan semasa membuat temujanji.
    • Bukti pembelian mesti ditunjukkan pada hari temujanji dan di kaunter pendaftaran. 
    • Caj tambahan mungkin dikenakan sekiranya terdapat ujian atau prosedur tambahan yang disyorkan oleh doktor.
    • Tempoh sah produk yang dibeli berbeza bergantung kepada produk yang dinyatakan dalam terma dan syarat setiap produk. 
    • Persediaan dan arahan untuk pemeriksaan kesihatan akan diberikan sebelum temujanji anda. Anda juga boleh klik disini untuk beberapa arahan biasa.
    • Jika anda ingin mendapatkan salinan resit rasmi, sila pergi ke kaunter pembayaran pada hari pemeriksaan kesihatan di pusat kami.