Ultrasound Pelvis

Pelvic Ultrasound


Pengimejan ultrasound pelvis menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan imej struktur dan organ dalam bahagian bawah abdomen dan pelvis. Pemeriksaan ini sering digunakan untuk menilai sistem pembiakan dan sistem urinari

Apakah kegunaan umum prosedur ini?

Bagi wanita, ultrasound pelvis lazimnya dilakukan untuk menilai:

  • rahim
  • serviks
  • ovari
  • tiub fallopio
  • pundi kencing

Pemeriksaan ultrasound pelvis juga digunakan untuk memantau kesihatan dan perkembangan embrio atau janin semasa kehamilan.

Pemeriksaan ultrasound boleh membantu mendiagnosis gejala yang dialami oleh wanita seperti:

  • sakit pelvis
  • pendarahan faraj yang tidak normal
  • masalah haid yang lain
  • ketidaksuburan

Ultrasound juga membantu mengenal pasti:

  • ketumbuhan seperti sista ovari dan fibroid rahim
  • kanser ovari atau rahim

Bagi lelaki, ultrasound pelvis digunakan untuk menilai:

  • pundi kencing
  • vesikel seminal
  • kelenjar prostat

Ultrasound transrektal, satu kajian khas yang biasanya dilakukan untuk menilai kelenjar prostat dengan lebih terperinci, dengan memasukkan transduser ultrasound khas ke dalam rektum lelaki. Prosedur ini biasanya dilakukan oleh pakar dan bukan di peringkat saringan.

Bagi lelaki dan wanita, pemeriksaan ultrasound pelvis boleh membantu mengenal pasti:

  • batu karang di buah pinggang
  • ketumbuhan dalam pundi kencing
  • gangguan lain dalam pundi kencing

BELI SEKARANG