Ujian Senaman
Satu ujian yang ringkas dan paling asas untuk menilai tindak balas fungsi jantung anda terhadap tekanan fizikal, menggunakan senaman atas treadmill bersama pemantauan elektrokardiografi (ECG) dan tekanan darah.
Ujian Senaman Digunakan Untuk:
- Menentukan kemungkinan anda menghidap penyakit arteri koronari.
- Kenal pasti ritma jantung yang tidak normal
- Menilai keberkesanan pelan rawatan jantung anda
- Membantu anda merancang program senaman yang selamat
Bagaimana Ia Dilakukan?

Elektrod kecil akan diletakkan pada dada anda dan disambungkan kepada monitor jantung. Kelajuan dan kecondongan treadmill akan meningkat sepanjang ujian dijalankan.
Anda akan diberi arahan untuk terus berjalan di atas treadmill sehingga kadar denyutan jantung tertentu dicapai atau anda tidak dapat meneruskan.
Ujian ini boleh dihentikan pada bila-bila masa atas permintaan anda, tetapi cubalah bertahan selama yang mungkin untuk memastikan ujian ini mencukupi. Sepanjang tempoh ini, ritma jantung, kadar denyutan jantung dan tekanan darah anda akan dipantau.
Anda boleh meneruskan aktiviti normal untuk sepanjang hari selepas ujian.