Low-Dose CT Scan

Low-Dose CT Scan


Imbasan CT Dos Rendah Paru-paru (Low-Dose Computed Tomography – LDCT) ialah sejenis X-ray khas yang tidak invasif dan menggunakan dos radiasi yang rendah untuk mengambil beberapa imej semasa anda berbaring di atas meja yang bergerak masuk dan keluar dari mesin imbasan. Komputer kemudian akan menggabungkan imej-imej ini menjadi gambaran terperinci paru-paru anda. Prosedur ini hanya mengambil masa 10–15 minit dan tidak menyakitkan.

LDCT adalah satu-satunya ujian saringan yang disyorkan untuk mengesan kanser paru-paru lebih awal. Kajian menunjukkan bahawa saringan kanser paru-paru menggunakan LDCT boleh mengurangkan kadar kematian dalam kalangan individu berisiko tinggi.

Siapa yang Perlu Jalani Saringan Kanser Paru-Paru dengan LDCT?

  • Saringan ini disyorkan untuk orang dewasa, sama ada lelaki atau perempuan, berumur antara 45 hingga 75 tahun, yang merupakan perokok atau bekas perokok dengan sejarah merokok sebanyak 20 pek-tahun atau lebih.
    • Satu kotak-tahun merujuk kepada purata merokok sebanyak satu kotak rokok sehari selama setahun. Sebagai contoh, seseorang itu mempunyai sejarah merokok sebanyak 20 kotak-tahun jika dia merokok satu kotak sehari selama 20 tahun atau dua kotak sehari selama 10 tahun.
  • Kumpulan lain yang mungkin mendapat manfaat dari saringan:
    • Pendedahan berulang kepada asap rokok secara pasif
    • Ahli keluarga (ibu bapa/adik-beradik) yang menghidap kanser paru-paru
    • Pendedahan jangka panjang kepada asap masakan arang/bahan api kayu, gas diesel, atau sinaran radiasi

Low-Dose CT Scan

Apakah risiko saringan kanser paru-paru dengan LDCT?

  • Keputusan positif palsu: Ujian saringan kanser paru-paru boleh menunjukkan bahawa seseorang menghidap kanser paru-paru walaupun sebenarnya tiada kanser. Keputusan seperti ini boleh membawa kepada ujian susulan dan pembedahan yang tidak diperlukan, serta mungkin melibatkan risiko tambahan.
  • Overdiagnosis: Ujian saringan kanser paru-paru juga boleh mengesan kes-kes kanser yang sebenarnya tidak akan menyebabkan sebarang masalah kepada pesakit sepanjang hayat mereka. Overdiagnosis boleh membawa kepada rawatan yang tidak perlu.
  • Pendedahan radiasi daripada ujian LDCT yang dilakukan berulang kali boleh menyebabkan kanser kepada individu yang sebenarnya sihat

Oleh itu, saringan kanser paru-paru hanya disyorkan kepada orang dewasa yang tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi untuk menghidap penyakit ini, berdasarkan sejarah tabiat merokok dan umur mereka. Saringan ini tidak digalakkan sekiranya individu tersebut mempunyai masalah kesihatan yang menjejaskan jangka hayat secara ketara, atau yang menghalang keupayaan atau kesediaan mereka untuk menjalani pembedahan paru-paru sekiranya diperlukan. Jika anda bercadang untuk menjalani saringan kanser paru-paru, pastikan anda berunding dengan doktor terlebih dahulu.

Cara terbaik untuk mengurangkan risiko kanser paru-paru adalah dengan tidak merokok dan mengelakkan pendedahan kepada asap rokok secara pasif. Saringan kanser paru-paru bukanlah pengganti kepada usaha untuk berhenti merokok

Bilakah saringan kanser paru-paru perlu dihentikan?

Saringan tahunan perlu dihentikan apabila anda:

  • Mencapai umur 76 tahun, atau
  • Telah berhenti merokok selama 15 tahun atau lebih, atau
  • Mempunyai masalah kesihatan yang menyebabkan anda tidak bersedia atau tidak mampu menjalani pembedahan sekiranya kanser paru-paru dikesan.

Apa yang berlaku semasa saringan kanser paru-paru dengan LDCT?

Semasa imbasan, anda akan diminta berbaring rata di atas meja yang akan bergerak perlahan masuk ke dalam mesin CT. Mesin ini berbentuk bulatan dan akan berputar di sekeliling bahagian tertentu badan anda semasa anda melaluinya.

Jururadiografi yang terlatih akan mengendalikan mesin dari sebalik skrin dalam bilik CT. Anda masih boleh melihat dan bercakap dengan mereka sepanjang proses imbasan

Semasa imbasan diambil, anda perlu berbaring tanpa bergerak dan mengikuti arahan pernafasan ringkas selama 10 saat untuk memastikan imej yang diambil tidak kabur.

Imbasan ini tidak menyakitkan dan anda boleh makan, minum atau memandu seperti biasa selepas selesai.

BELI SEKARANG