Analisis komposisi badan
Ramai yang berasa amat kecewa apabila mereka menimbang berat badan selepas dua minggu menjalani diet dan rutin senaman baharu. Setelah berusaha untuk meningkatkan kesihatan, anda dengan penuh semangat menaiki penimbang, hanya untuk melihat nombor yang sama seperti sebelum anda melakukan semua kerja keras itu. Anda serta-merta dilanda kekecewaan yang mendalam. Mungkin anda juga mengira BMI menggunakan berat dan ketinggian anda, tetapi tidak melihat sebarang perubahan. Kebanyakan daripada kita boleh memahami perasaan putus asa ini; keadaan ini boleh (dengan mudah difahami) menyebabkan pertimbangan untuk meninggalkan rutin senaman baharu ini sepenuhnya.
Pengiraan BMI sebenarnya tidak banyak berubah sejak ia diperkenalkan oleh ahli matematik Belgium, Adolphe Quetelet, pada tahun 1830-an. Ia merupakan satu ukuran yang terlalu ringkas untuk menunjukkan berat badan ideal dan boleh menjadi sangat tidak tepat. Walaupun pengukuran seperti berat, tinggi dan BMI boleh memberi gambaran kasar tentang kesihatan keseluruhan anda, ia tidak mengambil kira nisbah lemak kepada jisim otot, atau jumlah air di dalam dan di luar sel.
Di Hospital Beacon, kami menggunakan InBody Scale, sebuah alat berteknologi tinggi yang turut digunakan oleh atlet profesional, angkasawan dan orang ramai untuk menyempurnakan regimen kesihatan dan kesejahteraan mereka
Dalam senario yang dinyatakan tadi, berkemungkinan segala usaha anda telah membuahkan hasil dan anda sebenarnya telah menggantikan lemak badan dengan jisim otot tanpa lemak, sesuatu yang tidak dapat dikesan melalui pengiraan BMI semata-mata.
Lebih menarik lagi, ujian ini tidak melibatkan sebarang radiasi. InBody Scale telah terbukti 98% sehampir ketepatannya dengan ujian DEXA (Dual-energy X-ray absorptiometry)
Apa yang boleh anda jangkakan semasa ujian InBody?
Proses ujian InBody adalah sepenuhnya tidak invasif, tidak memerlukan pengimejan x-ray dan hanya mengambil masa beberapa minit.
Mula-mula, berat badan anda akan diukur. Kemudian, ketinggian, umur dan jantina anda akan dimasukkan ke dalam mesin. Selepas itu, anda perlu memegang sensor tangan di kedua-dua belah mesin dengan lengan direntangkan pada paras pinggang dan ibu jari menyentuh sensor. Itu sahaja! Setelah mesin selesai membaca, anda akan menerima cetakan terperinci yang menerangkan analisis komposisi badan anda secara unik.
Untuk mendapatkan bacaan paling tepat, ujian InBody sebaiknya dilakukan sekurang-kurangnya tiga jam selepas makan atau bersenam. Anda juga harus mengekalkan pengambilan cecair seperti biasa pada hari sebelumnya. Pastikan anda menanggalkan semua objek berat seperti barang kemas, tali pinggang, jaket, telefon atau dompet sebelum menaiki penimbang InBody. Di samping itu, anda perlu berdiri tegak sekurang-kurangnya lima minit sebelum ujian dilakukan bagi memastikan cecair badan anda diedarkan secara sekata.
Apa yang akan anda pelajari daripada ujian InBody?
Keputusan ujian InBody bukan sahaja memberi gambaran terperinci mengenai komposisi badan anda, termasuk lemak, jisim otot, dan berat air. Bacaan ini juga diperincikan mengikut bahagian tubuh seperti lengan kanan, lengan kiri, kaki kanan dan kaki kiri Anda akan memahami komposisi tubuh anda secara unik, mengenalpasti sebarang ketidakseimbangan, dan menjejak perkembangan anda dengan ujian susulan.
Ujian InBody boleh membantu anda mengetahui perkara-perkara berikut:
- Sama ada anda minum air secukupnya atau mengalami dehidrasi
- Sama ada anda kehilangan atau menambah jisim otot dan lemak
- Berapa banyak kalori yang dibakar oleh badan anda ketika rehat
- Peratusan lemak badan anda