AFP – Penanda Kanser Hati

AFP

AFP (Alpha-Fetoprotein) ialah sejenis protein yang dihasilkan dalam hati bayi yang sedang berkembang. Tahap AFP biasanya tinggi semasa kelahiran, tetapi akan menurun ke tahap yang sangat rendah menjelang usia 1 tahun. Orang dewasa yang sihat sepatutnya mempunyai tahap AFP yang sangat rendah. Tahap AFP yang tinggi boleh menjadi tanda kepada Kanser hati, Kanser ovari atau kanser testis dan Penyakit hati bukan kanser seperti sirosis dan hepatitis.

Gejala Kanser Hati

  • Penurunan berat badan tanpa sebab
  • Hilang selera makan
  • Sakit di bahagian atas abdomen
  • Loya dan muntah
  • Lemah badan dan mudah letih
  • Pembengkakan di perut
  • Jaundis
  • Najis berwarna putih seperti kapur

Pencegahan

  • Minum alkohol secara sederhana
  • Kekalkan berat badan yang sihat
  • Dapatkan vaksinasi terhadap hepatitis B
  • Mengambil langkah untuk mencegah hepatitis C
  • Dapatkan rawatan untuk jangkitan hepatitis B atau C

Julat Normal AFP:Ā < 11 ug/L
*Nilai normal mungkin berbeza sedikit bergantung kepada makmal. Sesetengah makmal mungkin menggunakan unit ukuran atau spesimen ujian yang berbeza.Rujuk dengan penyedia penjagaan kesihatan anda untuk memahami keputusan ujian anda dengan lebih tepat.

BELI SEKARANG