
Helicobacter pylori (H. pylori) adalah sejenis bakteria yang menjangkiti sistem pencernaan. Ramai orang yang dijangkiti H. pylori tidak akan mengalami simptom jangkitan, manakala bagi sesetengah orang, bakteria ini boleh menyebabkan pelbagai gangguan pencernaan, yang paling biasa adalah ulser perut atau gastrik. Ujian darah H. pylori mencari antibodi (protein yang dihasilkan secara semulajadi dalam darah anda dan membantu melawan jangkitan) terhadap bakteria H. pylori. Jika anda diuji positif untuk H. pylori, anda memerlukan rawatan untuk menghapuskannya atau ubat untuk merawat jangkitan dan melegakan kesakitan.
Rekomendasi
- Sesuai untuk semua lelaki dan wanita berumur 18 tahun ke atas.
- Jika anda mempunyai sebarang keadaan perubatan yang serius seperti sejarah kegagalan buah pinggang tahap akhir atau rawatan berterusan untuk kanser, sila dapatkan nasihat kami sebelum membuat pembelian.
*Rekomendasi di atas hanya boleh digunakan untuk tujuan saringan kesihatan. Untuk sebarang simptom klinikal atau kebimbangan perubatan lain, sila berunding dengan doktor anda.
Terma & Syarat
- Tempoh penebusan: Dalam 3 bulan dari tarikh pembelian.
- Klik disini untuk langkah-langkah penebusan.
- Resit rasmi akan dikeluarkan setelah selesai saringan.