Mamogram

Mamografi ialah sejenis pengimejan perubatan khusus yang menggunakan sinar-X berdos rendah untuk melihat bahagian dalam payudara bagi mengesan kanser payudara pada peringkat awal — sebelum gejala muncul — iaitu ketika ia paling mudah dirawat.Imej yang dihasilkan daripada prosedur ini dikenali sebagai mamogram.
Apakah kegunaan biasa mamogram?
Mamogram digunakan bukan sahaja sebagai alat saringan tetapi juga sebagai alat diagnostik.
- Mamogram saringan:Â Mamografi saringan digunakan untuk mengesan perubahan pada payudara yang mungkin bersifat kanser pada individu yang tidak mengalami sebarang tanda atau gejala. Tujuan utamanya adalah untuk mengesan kanser semasa ia masih kecil dan rawatannya mungkin kurang invasif. Kajian menunjukkan bahawa mamogram saringan secara berkala membawa kepada pengesanan awal kanser payudara, ketika ia paling mudah dirawat dan apabila terapi pemeliharaan payudara boleh dijalankan.
- Mamografi diagnostik:Â Mamografi diagnostik pula melibatkan imej mamogram tambahan dan digunakan untuk menyiasat perubahan payudara yang mencurigakan (contohnya ketulan baru pada payudara, kesakitan payudara, perubahan pada kulit, lekukan kulit, penebalan puting atau pengeluaran cecair dari puting) yang dikesan oleh individu itu sendiri atau oleh doktornya. Ia juga digunakan untuk menilai penemuan klinikal yang tidak normal dalam mamografi saringan atau untuk melihat tisu payudara apabila mamografi saringan sukar dijalankan.
Apakah risiko dan had mamogram?
- Mamogram mendedahkan anda kepada sinaran dos rendah. Walaupun dosnya sangat rendah, bagi kebanyakan orang, manfaat daripada ujian ini jauh melebihi risiko yang dibawa oleh pendedahan sinaran yang sedikit ini.
- Mamogram boleh menyebabkan keperluan untuk ujian tambahan jika keputusan positif palsu berlaku (berlaku apabila mamogram kelihatan tidak normal tetapi tiada kanser dikesan).
Jika mamogram anda mengesan sesuatu yang luar biasa, doktor atau pakar radiologi yang menafsirkan imej akan membandingkannya dengan mamogram anda yang terdahulu. Jika anda pernah menjalani mamogram di tempat lain, pakar radiologi akan memintanya daripada anda. Untuk membuat diagnosis yang tepat, anda mungkin perlu menjalani mamogram tambahan atau ujian lainseperti imbasan susulan (contohnya imbasan Ultrasound) atau biopsi (prosedur untuk mengambil sampel tisu payudara untuk diuji di makmal).
Sekitar 5% hingga 15% mamogram saringan memerlukan ujian lanjutan. Namun begitu, kebanyakan penemuan tidak normal yang dikesan melalui mamogram saringan sebenarnya adalah normal dan bukan kanser. Dianggarkan bahawa wanita yang menjalani mamogram tahunan antara usia 40 hingga 49 tahun mempunyai kira-kira 30% kemungkinan mengalami mamogram positif palsu pada dekad tersebut dan kira-kira 7% hingga 8% kemungkinan untuk menjalani biopsi payudara dalam tempoh 10 tahun.
- Mamografi saringan tidak dapat mengesan semua kanser payudara. Sesetengah kanser yang boleh dikesan melalui pemeriksaan fizikal mungkin tidak kelihatan dalam mamogram. Kanser mungkin terlepas pandang jika ia terlalu kecil atau terletak di kawasan yang sukar dilihat oleh mamografi, seperti di ketiak. Penafsiran mamogram juga boleh menjadi sukar kerana rupa payudara yang normal adalah berbeza bagi setiap wanita. Di samping itu, imej mungkin terjejas jika terdapat bedak atau salap pada payudara atau jika anda pernah menjalani pembedahan payudara.
Tidak semua kanser yang dikesan melalui mamogram boleh dirawat sepenuhnya. Sesetengah kanser payudara bersifat agresif, tumbuh dengan cepat dan cepat merebak ke bahagian badan yang lain.
Bagaimana ia berfungsi?
Semasa mamografi, payudara anda akan diletakkan pada mesin mamografi. |
Mesin mamografi perlu memampatkan payudara anda untuk mendapatkan imej yang jelas; ini mungkin menyebabkan sedikit ketidakselesaan, namun ia membantu mendapatkan imej terbaik dengan penggunaan radiasi yang minimum. |
Anda akan diminta untuk menukar posisi antara setiap imej. Pandangan rutin ialah pandangan dari atas ke bawah dan pandangan sisi secara menyerong. Proses ini akan diulangi untuk payudara yang satu lagi. |
Apabila pemeriksaan selesai, anda mungkin diminta untuk menunggu sehingga pakar radiologi memastikan semua imej yang diperlukan telah diperoleh. |
Keseluruhan proses pemeriksaan ini biasanya mengambil masa antara 15 minit hingga 1 jam. |
Seberapa kerap anda perlu menjalani mamografi saringan?
Pakar perubatan dan organisasi kesihatan tidak sependapat mengenai bila perlu mula menjalani mamogram saringan secara berkala atau berapa kerap ia perlu dilakukan. Berbincanglah dengan penyedia penjagaan kesihatan anda tentang faktor risiko, keutamaan anda, serta manfaat dan risiko saringan. Bersama-sama, anda boleh memutuskan jadual mamografi saringan yang terbaik untuk anda.
Garis panduan semasa daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Akademi Perubatan Malaysia (AMM) menyarankan agar wanita berumur 50 hingga 74 tahun dalam populasi umum menjalani mamografi saringan setiap dua tahun sekali. Wanita yang berisiko tinggi terhadap kanser payudara pula disarankan untuk menjalani mamografi saringan setiap tahun bermula pada usia 30 tahun, dan dua tahun sekali dari usia 60 tahun ke atas. Wanita yang pernah menghidap kanser payudara harus mendapatkan nasihat pakar perubatan mengenai waktu dan kekerapan mamografi saringan serta keperluan untuk ujian saringan lain.